PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Hari Wanita Sedua hari ini.
Permaisuri bertitah, bertemakan ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, Tunku berkata, Hari Wanita Sedunia pada tahun ini memperlihatkan kekuatan seorang insan bergelar wanita.
“Bersempena dengan Hari Wanita yang disambut pada hari ini, saya ingin menyeru agar kita semua menghormati wanita, hormati dan berlemah-lembut dengan mereka. Wanita waja mampu mengharungi setiap cabaran yang mendatang dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah SWT. Itu lah istimewanya wanita.
“Pandemik yang melanda negara pada masa ini menguji kehidupan kita semua, dan di sinilah kita melihat kekuatan insan bergelar wanita walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, wanita mampu bangkit dan kekal berjaya keluar daripada cabaran tersebut,” titahnya.
Selain itu titahnya, sebagai seorang isteri, ibu, Permaisuri, dan wanita pertama negara, Tunku ingin mengingatkan wanita semua supaya sayangilah dan hargailah diri sendiri demi menjadi insan bahagia yang hebat.
“Dengan ini anda pasti mampu membawa kebahagiaan kepada semua insan disekelilingya. Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan kita dan keluarga. Sejahter wanita, sejahteralah negara,” titahnya. – K! ONLINE