JASAD ibu tercinta telah lenyap bersama pesawat Boeing 777-200ER, Malaysia Airlines MH370 yang lesap penuh misteri tujuh tahun lalu, namun di telinga Grace Nathan, 33, gema pesanan ibu yang menjadi kekuatan sepanjang hayatnya sentiasa terngiang-ngiang. “Don’t give up (jangan berputus asa)!”. Pesanan ringkas itu yang acap kali diucap ibunya, Anne Daisy Nathan sepanjang Grace membesar dari mula bertatih sehingga dewasa, di balapan, pelajaran mahupun titian kehidupan. Bekas atlet olahraga junior kebangsaan itu berkata, pesanan ibunya yang merupakan penumpang MH370 tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya