fbpx

Melaka tunggu keputusan MKN buka bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Kerajaan negeri mengalu-alukan pembukaan bazar Ramadan pada bulan hadapan sekiranya perkara itu dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pembukaan bazar itu merupakan antara agenda yang dinantikan bertepatan dengan inisiatif Melaka sebagai negeri bebas berniaga 2021.

“Kita akan buka bazar Ramadan tetapi bergantung kepada keputusan MKN dan kalau semua negeri-negeri dibenarkan dibuka, kita tidak akan ketinggalan.

“Saya suka melihat kemeriahan pada bulan Ramadan dan begitu juga rezeki yang akan dilimpahkan di bulan Ramadan, lebih lagi
sembilan dari sepuluh pintu rezeki adalah berniaga,” katanya.

Sulaiman berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pada majlis itu, Sulaiman berkata, sebanyak lapan projek berskala besar akan menjadi tema pembangunan penting PMSJ 2035 yang akan dilaksanakan secara holistik dan komprehensif bagi tempoh 15 tahun akan datang.

Katanya, pembangunan itu meliputi Zon Pembangunan Ekonomi (M-WEZ), Pengurusan air Mampan, Pembangunan Bersepadu, Digital Melaka dan Melaka adalah Negeri Usahawan.

“Pelan terbabit direncanakan untuk mempersiapkan Melaka menghadapi zaman perubahan, mendepani era Industri 4.0, ekonomi digital dan masyarakat 5.0 serta tuntutan teknologi zaman mendatang,” katanya.

“PSMJ ini bukan untuk saya, juga bukan untuk pemimpin serta Pengerusi Jawatankuasa yang ada sekarang tetapi untuk generasi akan datang supaya kita mesti persiapkan ruang serta peluang kepada generasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan negeri akan membentangkan prestasi pencapaian sepanjang setahun mentadbir pada bulan depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI