fbpx

Kerajaan tambah bekalan vaksin 32 juta dos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memuktamadkan perjanjian tambahan bekalan bagi vaksin Pfizer-BioNTech membabitkan keseluruhan 32 juta dos bagi keperluan 50 peratus populasi rakyat Malaysia.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perjanjian tambahan bekalan itu akan ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba minggu ini dan dijangka diterima tahun depan.

“Pada asalnya, penjanjian bekalan dengan Pfizer hanya 20 peratus dan ditingkatkan kepada 39 peratus sebelum dimuktamadkan kepada 50 peratus minggu ini.

“Pfizer juga menawarkan tambahan lagi 20 peratus bekalan vaksin kepada Malaysia namun, ia masih dalam rundingan untuk dipertimbangkan,” katanya pada sidang akhbar sejurus mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) hari ini.

Khairy berkata, kerajaan juga kemungkinan besar akan mendapatkan bekalan vaksin daripada Amerika Syarikat, CanSino kerana ia pilihan lebih baik berbanding Johnson & Johnson.

Beliau berkata, kerajaan akan mempercepatkan kerjasama dengan pengeluar vaksin CanSino memandangkan ia vaksin satu dos dan tahap keberkesanannya sehingga 89.83 peratus berdasarkan ujian klinikal di United Kingdom.

Selain itu, katanya, kerajaan juga dijangka akan menggugurkan vaksin Johnson & Johnson memandangkan pengeluarnya hanya mampu melakukan penghantaran pada suku keempat tahun ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, negara akan menerima penghantaran seterusnya bekalan vaksin Pfizer pada 11 Mac ini.

“Selain itu, bekalan vaksin Sinovac pula akan diterima pada 15 Mac ini membabitkan 100,000 dos dan 100,000 dos lagi pada 19 Mac ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI