fbpx

Jakim tunggu keputusan Majlis Raja-Raja Melayu sebelum beri maklum balas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli bersama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nasrudin Hassan melancarkan program Sambutan Hari Wanita dengan tema 'Manhaj Rabbani di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa terbabit dengan ajaran sesat selepas Majlis Raja-Raja Melayu membuat keputusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya hanya akan mengeluarkan maklum balas selepas Majlis Raja- Raja Melayu membuat kenyataan.

“Insya-Allah kita akan komen selepas Penyimpan Raja-Raja mengeluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita 2021 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya hari ini.

Pada majlis berkenaan empat tokoh wanita telah menerima Anugerah Hari Wanita 2021 bagi kategori masing-masing.

Penerima tokoh berkenaan ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Anugerah Saidatina Khadijah), Ruziah Ghazali (Anugerah Saidatina Aisyah), Prof Dr. Fatin Aliah Phang Abdullah ( Anugerah Saidatina Saffiyyah) dan Datin Aminah Zakaria ( Anugerah Saidatina Ummu Salamah).

Pada majlis itu juga Yadim turut melancarkan tabung RM Seringgit Satu Minggu bagi membantu golongan yang memerlukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI