fbpx

Golongan wanita penggerak masyarakat, negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zahir (dua dari kanan) bersama Rumaizi (kanan) semasa hadir pada Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh di sini hari ini.

IPOH – Peranan yang dimainkan golongan wanita berkerjaya dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan perlu diiktiraf serta disokong sebagai satu bentuk sumbangan kepada masyarakat dan negara.

Begitu juga sumbangan wanita dalam komuniti yang menjadi penggerak selain terlibat dalam kerja-kerja kesukarelawan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Muhammad Zahir Abdul Khalid berkata, ini kerana sumbangan wanita sama pentingnya dengan golongan lelaki apatah lagi dalam mendepani era yang mencabar ketika ini.

Menurut beliau, pada masa sama lebih banyak aktiviti dan inisiatif digerakkan demi membangunkan bakat dan kebolehan golongan haw aini.

“Adalah penting bagi kita semua mengiktiraf, menyokong dan meraikan wanita bekerja, wanita dalam perniagaan dan wanita dalam komuniti.

“Seperti yang dapat kita lihat, lebih ramai wanita yang mempelopori bidang-bidang perniagaan, komuniti dan juga telah ramai pemimpin-pemimpin kita yang terdiri daripada wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh di sini hari ini.

Seminar berkenaan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Junior Chamber International (JCI) Ipoh yang dihadiri kira-kira 150 peserta.

Hadir sama ialah Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin; Penasihat Projek, Dr. Carrine Teoh dan President Junior Chamber International (JCI) Ipoh, Carson Chong.

Sementara itu, Rumaizi memberitahu, seminar itu yang bertemakan ‘Kepimpinan Wanita: Mencapai Masa Depan Setara dalam Dunia Covid 19’ adalah sejajar dengan tema Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hari Wanita Antarabangsa 2021.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI