fbpx

Gelaran diraja Putera Harry, Meghan mungkin dilucutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Harry dan isterinya, Meghan.

LONDON-Putera Harry dan isterinya Meghan Markle berdepan kehilangan gelaran Duke and Duchess of Sussex ekoran melanggar perjanjian ‘Megxit’ iaitu slanga yang digunakan bagi menggambarkan pengunduran pasangan itu daripada insititusi diraja Britain selepas satu temu bual bersama pengacara terkenal, Oprah Winfrey menerusi Oprah TV.

Pegawai istana diraja dalam satu pertemuan minggu lalu membincangkan untuk menarik gelaran pasangan itu kerana melanggar perjanjian ‘persidangan Sandringham’ yang dibuat setahun lalu melibatkan pengunduran diri dari keluarga diraja Britain, memetik laporan akhbar The Times of London.

Sumber tersebut menyifatkan tindakan pelucutan gelaran akan menampakkan lagi betapa Ratu Elizabeth jengkel dengan ‘sarkas’ Oprah Winfrey yang ditayangkan di stesen televisyen CBS 8 malam.

Pasangan tersebut diibaratkan sedang bermain dengan api selepas temu bual tersebut.

Seorang sumber rapat ratu England bagaimanapun memberitahu, respon balas tentang pelucutan gelaran bergantung sekiranya pasangan tersebut ‘menyerang’ institusi atau orang-orang istana. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI