fbpx

Dua wanita cedera ringan dalam kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh.

KAPIT – Dua wanita mengalami cedera ringan setelah kenderaan yang dipandu mereka terlibat dalam satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 4, Jalan Bukit Goram di sini hari ini (8 Mac).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Erwandy Tugor berkata kejadian terbabit berlaku pada pukul 6.23 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, kami menemui sebuah kenderaan jenis Proton Saga telah terjatuh ke dalam runtuhan jalan terbabit.

“Dua wanita yang berada di dalam kenderaan terbabit semasa kejadian dilaporkan telah berjaya dikeluarkan sebelum kehadiran pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Mangsa yang masing-masing berusia 46 and 32 tahun dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Katanya lagi, pihak bomba telah memasang sawar-sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI