fbpx

Bilionair Perancis terbunuh dalam nahas helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DASSAULT

PARIS – BIlionair Perancis, Olivier Dassault terbunuh dalam nahas helikopter semalam.

Dassault,69, merupakan ahli politik dan ahli keluarga Dassault yang terlibat dalam pembuatan pesawat Perancis.

Beliau meninggal dunia sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) apabila helikopternya terhempas dekat Deauville di utara Perancis, kata sumber penyiasatan dan Parlimen.

 

SEBUAH pesawat tempur Dassault Rafale beraksi semasa majlis perasmian stesen Tentera Udara Yelhanka di Bangalore pada 9 Februari 2011. – AFP

 

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan dalam satu kenyataan di Twitter bahawa: “Olivier Dassault cintakan Perancis. Seorang ketua industri, wakil rakyat, komander simpanan tentera utara, pendek kata, sepanjang hidupnya, mendiang tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara ini.”

Macron menyifatkan kematian Dassault sebagai kehilangan besar untuk negara dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI