DAMSYIK – Presiden Syria, Bashar al-Assad dan isterinya, Asma positif ujian Covid-19 selepas mengalami gejala ringan, kata pejabat presiden hari ini.
“Selepas mengalami simptom ringan menyerupai penyakit Covid-19, Presiden Bashar dan Wanita Pertama, Asma Al-Assad menjalani ujian PCR.
“Keputusan ujian menunjukkan mereka dijangkiti koronavirus,” kata pejabat berkenaan dalam satu kenyataan.
Kenyataan sama menyebut, kedua-duanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan stabil. – AFP