PETALING JAYA – Tindakan penyanyi seksi, Elizabeth Tan berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melakukan aksi melipat kaki ke bahagian belakang leher mengundang komen lucah pengguna Instagram.
Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 28, dilihat terbaring ke belakang dalam keadaan kaki kirinya masih melekat di belakang leher sehingga memperlihatkan bentuk seluarnya yang ketat.
Sejak dimuat naik kelmarin, video berkenaan ditonton hampir 312,000 kali serta menerima lebih 1,000 komen.
“Bakat rahsia saya hahaha, awak boleh?” tulis Elizabeth ringkas pada ruangan kapsyen rakaman video berkenaan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat pelantun lagu Polis Entry itu meninggalkan kata-kata kiasan berbaur lucah terhadap aksi lentik yang dilakukannya.
Antara usikan nakal peminat yang kebanyakannya lelaki hidung belang adalah meminta penyanyi itu lebih berhati-hati melakukan aksi tersebut.
“Baik-baik, nanti terkoyak pula seluarnya,” tulis seorang pengguna.
Sebelum ini, Lizzy kerap dihujani komen nakal daripada peminat lelakinya gara-gara penampilan seksi serta aksi manja yang dikongsi di akaun Instagramnya.
Januari lalu, tindakan penyanyi itu yang berkongsi video dia memasak mengundang usikan nakal kerana penampilannya yang mengenakan baju singlet merah jambu dan seluar pendek.
Dalam video tersebut, Lizzy berkongsi resipi membuat kek keju coklat.