fbpx

27 April keputusan bantahan AG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AG) hari ini mengemukakan bantahan terhadap permohonan bekas Penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan agar mahkamah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Azizan untuk menasihatkan Perdana Menteri meletakkan jawatannya.

Peguam Kanan Persekutuan, S. Narkunavathy mengemukakan bantahan itu sewaktu permohonan untuk mendapatkan kebenaran pada prosiding di kamar hakim Mahkamah Tinggi di sini di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid.

Narkunavathy ketika ditemui selepas prosiding berkata, terdapat empat alasan bantahan yang dikemukakan antaranya tindakan oleh Peguam Negara tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman dan pemohon (Khairuddin) tidak mempunyai locus standi (hak di sini undang-undang) untuk memfailkan permohonan tersebut.

Sementara itu, peguam, Haniff Khatri Abdullah ketika ditemui mengesahkan tarikh keputusan berhubung bantahan Jabatan Peguam Negara itu.

Merujuk kepada bantahan yang dikemukan, peguam itu menyatakan, mana-mana rakyat yang merasakan kakitangan kerajaan tanpa mengira apa juga jawatan mereka, mempunyai hak untuk menegur.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 April ini bagi keputusan bantahan tersebut.

Pada 3 Februari lalu, Khairuddin memfailkan permohonan semakan kehakiman itu atas alasan Idrus telah gagal menjalankan tugasnya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan memaklumkan bahawa Muhyiddin sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli parlimen dan tidak layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI