fbpx

19,000 pekerja Thai tinggalkan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang askar Thailand mengiringi warga Thailand meninggalkan Malaysia ketika berjalan ke pusat pemeriksaan kastam Thailand di Sungai Golok di wilayah selatan Narathiwat di Thailand di sempadan Thailand-Malaysia pada 18 April tahun lalu. - AFP

BANGKOK – Kira-kira 19,000 pekerja Thailand yang bekerja di Malaysia telah pulang ke negara asal akibat impak ekonomi berikutan penularan Covid-19 di sana, lapor Bangkok Post, semalam.

Setakat ini, masih terdapat 30,000 warga Thailand yang memilih untuk terus kekal di Malaysia, menurut Konsul Jeneral Thailand ke Kota Bharu, Mongkol Sinsomboon,.

Angka terbaharu menunjukkan 38,487 pekerja Thailand bekerja secara sah di Malaysia dengan 30,000 yang lain bekerja secara haram di negara jiran itu, jelas Mongkol.

Menurut Mongkol, dua kumpulan pekerja asing Thailand dilaporkan menghantar pulang jumlah wang sekitar 400 juta bhat (RM53 juta) sebulan bagi perbelanjaan keluarga di kampung.

Namun begitu, gelombang baharu Covid-19 yang melanda dunia awal tahun ini termasuk di Malaysia, mendorong kerajaan Malaysia untuk mengisytiharkan perintah darurat dan menjadikan ramai pekerja Thailand hilang pekerjaan.

Sebelum wabak Covid-19 melanda tahun lalu, dasar Malaysia yang tertakluk di bawah akta buruh asing dilihat sangat menarik buat pekerja Thailand.

Menerusi akta itu, kerajaan Malaysia mula mewajibkan majikan untuk mengambil perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja asing.

Bermula pada 1 Januari tahun lalu, Malaysia menaikkan gaji minimum kepada 8,995 baht (RM1,200) sebulan berbanding 1,100 ringgit sebulan sebelumnya, di 57 bandar di negara itu.

Gaji minimum baharu tersebut dikenakan untuk semua jenis pekerjaan kecuali pembantu rumah.

Kerajaan Malaysia juga membenarkan nisbah pekerja sing dengan pekerja tempatan yang lebih tinggi, katanya.

Bagaimanapun, penularan Covid-19 memaksa kerajaan Malaysia melaksanakan perintah berkurung dan menjadikan negara itu bergelut mengatasi masalah hutang awam yang mengakibatkan kejatuhan nilai ringgit.

Kesan penguat kuasaan perintah berkurung, ramai pekerja Thailand memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak kerja mereka sementara ada juga yang meminta untuk menamatkan kontrak kerja sebelum ia benar-benar tamat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI