fbpx

Rina beri sumbangan bantu penduduk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina meluangkan masa meninjau gelangang futsal yang rosak selepas dilanda ribut dan hujan lebat petang semalam di Taman Seroja, BBST, Sepang hari ini. - Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun akan memberi sumbangan ehsan kepada penduduk terjejas di Zon Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) dan Zon Salak selepas rumah mereka dilanda ribut akibat hujan yang berlaku petang semalam.

Rina berkata, beliau dimaklumkan sebanyak 80 buah rumah terjejas teruk selain beberapa sekolah di zon ini.

“Jadi melihat kepada keadaan itu, saya tampil membantu dan diharap sumbangan ehsan daripada saya ini dapat sedikit sebanyak membantu serta meringankan beban kepada penduduk yang terjejas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Rina yang juga Ketua Srikandi Bersatu meluangkan masa meninjau keadaan beberapa buah rumah mangsa terjejas selain gelanggang futsal di Taman Seroja.

Selain itu, katanya, bagi kerosakan-kerosakan lain melibatkan kemudahan seperti gelanggang futsal dan sekolah, beliau akan bangkitkan kepada kementerian berkaitan.

“Saya akan cuba membantu membuat  tindakan susulan bagi mempercepatkan proses,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan lebih 100 rumah melibatkan Zon BBST Utara dan Zon Salak terjejas selepas dilanda ribut akibat hujan lebat yang berlaku pada pukul 4.30 petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI