fbpx

Polis lengkap siasatan pengasuh sebab kematian budak dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sophia Fatehah meninggal dunia disebabkan proses CPR yang dilakukan pengasuhnya semasa kejadian nerlaku Selasa lalu.

BALIK PULAU – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia disebabkan kemungkinan proses bantuan pernafasan (CPR) yang dilakukan pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, pihaknya telah selesai mengambil keterangan daripada pengasuh berusia 33 tahun tersebut bagi membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, polis akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya selepas ini bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

“Wanita terbabit telahpun dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat lalu selepas selesai memberi keterangan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi.

Rabu lalu, Sophia Fatehah Wan Danial dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang pada pukul 2 pagi.

Mangsa sebelum itu dibawa ke HPP selepas dikatakan lemas di dalam besen di bilik mandi kediaman pengasuhnya di Permatang Damar Laut di sini kira-kira pukul 11 pagi, Selasa lalu.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa oleh pakar forensik HPP mendapati kematiannya bukan disebabkan mati lemas tetapi kemungkinan berpunca daripada proses CPR yang dilakukan pengasuhnya semasa kejadian tersebut berlaku.

Tindakan tersebut telah berlaku kebocoran pada organ perut mangsa sehingga menyebabkan pendarahan dan pembekuan sistem darah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI