fbpx

Penyanyi Solbi dikecam jual kek berkulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Solbi dikecam kerana menjual kek yang sudah berkulat kepada seorang pelanggan.

PETALING JAYA – Selepas isu plagiat karya seni Jeff Koons berjudul Play-Doh untuk dekorasi kek jualannya pada tahun lalu, nama penyanyi kelahiran Korea Selatan, Solbi sekali lagi terkait dengan kontroversi apabila dia menjual kek yang sudah berkulat kepada salah seorang pelanggannya.

Pada 1 Mac lalu pelanggan itu memuat naik gambar kek yang dibelinya untuk sambutan hari lahir ibu mertuanya.

Bagaimanapun menurutnya, rasa kek tersebut agak aneh dan apabila mereka memotongnya, keluarganya terkejut apabila mendapati bahagian dalam kek penuh dengan kulat.

Bimbang dengan keselamatan diri, mereka memuntahkan kembali kek yang telah dimakan. Apa yang mengecewakan, apabila pelanggan itu kembali ke kedai kek tersebut, mereka hanya ditawarkan beberapa puluh dolar sebagai pampasan.

Namun, selepas perjumpaan secara rasmi, pelanggan itu mendapat pampasan sebanyak AS$2,000 bersamaan RM8,000 sebagai pampasan yang kebanyakannya merupakan baucar.

Pengurus kedai kek tersebut menjelaskan, mereka kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan insiden berkenaan berlaku kerana pekerja mencampur aduk antara kek khas untuk paparan di rak dengan kek jualan.

Permohonan maaf yang dimuat naik dalam akaun rasmi kedai kek tersebut tidak dapat meredakan kecaman yang diterima.

Rata-rata pengguna laman sosial mempersoalkan mengapa kek tersebut diletakkan bersama-sama kek untuk dijual.

Sehubungan itu, Solbi turut membuat permohonan maaf secara peribadi atas kesilapan yang berlaku. Meskipun membuat sendiri kek dan namanya digunakan untuk promosi, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia terlibat atau tidak dalam pengurusan kedai kek tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI