fbpx

Pelakon cantik, perangai macam singa!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ORANG kata syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suami. Dalam Islam sendiri pun ada cakap seorang isteri haruslah menghormati suaminya.

Tapi Diva terkejut bila seorang rakan yang berkawan rapat seorang pelakon wanita memberitahu, artis tersebut melayan suaminya dengan kasar.

Daripada segi luaran, nampak pelakon yang boleh tahan cantik itu memang lemah lembut orangnya. Tapi bila bercakap dengan suami, gayanya tak ubah macam singa.

Pernah suatu hari, kawan Diva keluar makan bersama dengan artis tersebut. Tengah sedap-sedap makan tiba-tiba suami pelakon itu telefon. Terus dimakinya sebab dikatakan mengganggu waktu pelakon tersebut tengah makan.

Kasihan pula dengar. Tak pasal-pasal kena bagi amaran jangan telefon waktu dia tengah keluar makan. Manalah si suami itu tahu. Apa-apa pun jangan derhaka dengan suami tau. Tak baik.

DIVA: Seronok tengok gelagat murid-murid tahun satu dah mula pergi ke sekolah sejak 1 Mac lalu. Macam-macam perangai ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI