fbpx

Papan tanda Hospital KPJ Ampang Puteri terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda Hospital KPJ Ampang Puteri yang terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 10.07 malam semalam.

PETALING JAYA – Papan tanda yang berada di luar bangunan Hospital KPJ Ampang Puteri musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 10.07 malam semalam.

Dalam kejadian mencemaskan tersebut, asap tebal telah menyelubungi ruang bilik dan terdapat percikan api.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian dikesan berlaku di tingkat empat bangunan tersebut.

“Pengawal keselamatan yang bertugas telah mengambil tindakan awal dengan membuka pintu bilik dan menutup suis papan tanda bagi mengelakkan kebakaran menjadi lebih teruk.

“Hasil pemeriksaan, cermin tingkap di ruang bilik berkenaan mempunyai kesan bakar namun tiada kesan kebakaran dijumpai di sudut lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang.

“Anggota bomba telah berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya kurang 30 minit selepas kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba dan anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan,” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI