fbpx

Mana mahu lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seorang lelaki yang terlibat dalam satu jenayah samun pada 2 Mac lalu dicekup polis dalam serbuan di Kampung Sri Paya, dekat sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu mengaku melakukan jenayah tersebut.

Menurutnya, suspek juga mengaku terdapat seorang lagi rakan sejenayahnya yang masih bebas.

“Pada 2 Mac lalu, polis menerima laporan daripada seorang pengadu yang menjadi mangsa samun dua lelaki bersenjatakan parang di sebuah kebun, Jalan Sengkang Inas, Kulai.

“Dalam kejadian itu, mangsa bukan sahaja mengalami kerugian sejumlah wang, tetapi turut dicederakan di bahagian kaki. Susulan itu, pada pukul 12.05 tengah malam semalam, polis menyerbu dan menahan salah seorang suspek yang terlibat di Kampung Sri Paya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, siasatan lanjut terhadap suspek mendapati suspek memiliki empat rekod lampau bersabit kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 11 Mac manakala kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI