fbpx

Koeman congak nasib di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN mempunyai kontrak sehingga penghujung 2022, namun pemilihan presiden Barcelona yang berlangsung bulan ini menyebabkan masa depannya tidak menentu. – AFP

MADRID – Pengurus Barcelona, Ronald Koeman mengakui cukup ‘berdebar’ menunggu keputusan kongres kelab itu yang akan membuat pemilihan presiden pada hari ini yang boleh menjejaskan masa depannya bersama pasukan.

Sebagai rekod, skuad The Catalan bagaikan hilang arah selepas pucuk kepimpinan yang diterajui oleh Josep Maria Bartomeu hanya bertahan sehingga Oktober selepas ahli perniagaan itu meletakkan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Salah seorang calon yang akan bertanding pada pemilihan pre­siden baharu hari ini, Victor Font telah memberi jaminan dalam manifestonya bahawa akan me­nukar khidmat Koeman dengan jurulatih baharu yang juga le­genda kelab, Xavi Hernandez selepas tamat saingan musim ini.

Prestasi Koeman yang telah dilantik menjadi pengendali Barcelona musim ini dilihat masih belum konsisten meskipun berjaya membantu pasukan mara ke final Piala Raja Sepanyol selain masih berpeluang mencabar dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Kata Koeman, fokus utama ketika ini adalah untuk membantu pasukan kembali berada di landasan yang tepat selepas diakui mengharungi kempen pada awal saingan agak hambar sebelum ini.

“Saya pasti ramai penyokong kami tidak sabar untuk me­nyaksikan siapa yang bakal menjadi presiden baharu pasukan. Bagaimanapun, saya akui lebih berminat untuk memberi tum­puan sepenuhnya di atas padang.

“Mengenai status masa depan saya, jujur saya tidak mahu meletakkan apa-apa harapan tetapi saya masih mahu menghormati kontrak sedia ada yang masih berbaki sehingga tahun depan.

“Jika presiden baharu nanti tidak mahukan khidmat saya lagi, apa boleh saya buat kerana keputusan tersebut bukan terletak di tangan saya. Justeru, apa gunanya saya memikirkan sesuatu yang tidak boleh diubah dan lebih saya fokus bantu pasukan meraih kemenangan,” katanya. ­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI