fbpx

Kapal tangki Hong Kong ditahan berlabuh tanpa izin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki yang ditahan APMM di perairan Selangor berdekatan Pulau Pintu Gedong, Klang, semalam.

KLANG – Tindakan sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa izin di perairan Selangor mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Kapal yang berdaftar di Hong Kong itu ditahan sekitar tujuh batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong, dekat sini, pada pukul 1.15 tengah hari.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, penahanan itu dilakukan ketika pihaknya menjalankan rondaan rutin Ops Ehsan di sekitar perairan berkenaan.

Katanya, kapal yang sedang berlabuh itu dikesan hasil maklumat dan kerjasama Jabatan Laut Wilayah Tengah.

“Pemeriksaan mendapati kapal itu dinaiki seramai 21 kru lelaki termasuk nakhoda warga China dan Bangladesh.

“Mereka yang berusia 26 hingga 59 tahun itu memiliki dokumen pengenalan diri sah namun gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohammad Rosli siasatan mendapati pelabuhan terakhir kapal itu dari Dumai, Indonesia menuju ke Pelabuhan Klang.

“Perintah penahanan ke atas kapal itu sudah dikeluarkan untuk tindakan lanjut.

“Dua kru kapal itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi membantu siasatan,” katanya.

Jelas beliau, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN