fbpx

Hari ‘tanpa bayang’ pada 20 Mac nanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pada 20 Mac nanti penduduk di kawasan yang terletak di atas garisan Khatulistiwa akan berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala ketika itu.

Menurut laman sesawang Planetarium Negara, semua negara di seluruh dunia bakal mengalami fenomena yang jarang berlaku apabila jumlah jam waktu siang dan malam hampir sama panjang.

“Pada Sabtu, 20 Mac 2021 mulai pukul 5.37 petang, matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari.

“Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam,” jelas Planetarium Negara dalam laman sesawangnya hari ini.

Tambahnya, bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, penduduk bakal menyaksikan akan berlaku waktu tengahari ‘tanpa bayang’.

“Fenomena ini berlaku kerana matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI