fbpx

Hampir tiga juta daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah individu yang sudah mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di aplikasi MySejahtera kini sudah hampir mencecah tiga juta orang.

Angka itu dikongsi menerusi Laporan Harian Jumlah Pendaftaran Terkini di MySejahtera oleh Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) setakat pukul 8 pagi ini.

Menerusi laporan itu, Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi dengan 991,181 orang diikuti Johor (335,537 orang), Kuala Lumpur (292,983 orang), Sarawak (240,630 orang), Perak (173,406 orang), Pulau Pinang (163,922 orang) dan Sabah (128,524 orang).

Manakala, Kedah (126,407 orang), Negeri Sembilan (109,014 orang), Pahang (106,444 orang), Melaka (80,331 orang), Kelantan (80,004 orang), Terengganu (73,385 orang), Putrajaya (43,382 orang), Labuan (29,586 orang) dan Perlis (15,401 orang).

Berdasarkan laporan sama, seramai 127,608 individu sudah menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di seluruh negara setakat semalam.

Daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan penerima tertinggi dengan 18,034 individu, diikuti Pahang (13,380), Selangor (11,982), Kelantan (11,680), Kuala Lumpur (11,266), Perak (10,678), Sabah (9,515).

Turut direkodkan Johor (9,515), Kedah (5,414), Pulau Pinang (5,172), Negeri Sembilan (4,864), Terengganu (4,675), Putrajaya (2,290), Perlis (2,223) dan Labuan (2,158).

Orang ramai boleh membuat pendaftaran melalui lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Buku Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan JKJAV, dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau laman web khas di www.vaksincovid.gov.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI