fbpx

Crutchlow ‘nyawa’ baharu buat Yamaha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRUTCHLOW memikul tugas berat untuk memastikan jentera Yamaha berada pada prestasi terbaik untuk saingan musim ini. – AFP

DOHA – Juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi memberikan sepenuh keyakinan kepada bekas pelumba Honda, Cal Cruthclow untuk membantu Yamaha mendapatkan pelarasan terbaik menjelang perlumbaan musim ini.

Tahun lalu, Yamaha berdepan masalah terutama pada enjin jentera YZR-M1 sekali gus membuatkan kesemua pelumba mereka berdepan masalah dan gagal mempamerkan aksi konsisten setiap pusingan perlumbaan.

Tahun ini, Yamaha memanggil Cruthclow sebagai pelumba uji rasmi pasukan dan menjadi individu penting untuk mengesan kelemahan yang ada pada jentera Yamaha 2021.

“Saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada Cruthclow dan dia juga mampu memberi bantuan kepada Yamaha dalam mengesan kelemahan yang ada pada jentera baharu musim ini.

“Saya juga mempunyai hubu­ngan yang baik bersama dia dan saya gembira dapat melakukan kerjasama dengannya pada musim ini.

“Mengenai data yang kami akan peroleh nanti pada sesi ujian rasmi di Qatar bergantung kepada Cruthclow. Bagi saya untuk menjadi pelumba uji bukan perkara yang mudah kerana anda perlu menguji jentera semaksimum yang boleh.

“Cruthclow seorang pelumba yang berpengalaman dan dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia seorang pelumba MotoGP jadi saya rasa ia tidak menjadi masalah kepadanya untuk membantu Yamaha pada musim ini,” kata Rossi.

Pada musim ini, Rossi me­nyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bersama anak didiknya, Franco Morbidelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI