fbpx

City mahu kukuh cengkaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY bebas daripada masalah kecederaan pemain dan bersedia untuk mendapatkan mata tambahan berdepan United untuk menjarakkan kedudukan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menggesa para pemainnya turun menentang seteru setempat, Manchester United untuk meraih kemenangan supaya mendapat kedudukan yang lebih selesa.

City berjaya meraih kemenangan dalam 21 perlawanan berturut-turut dan kemenangan ke atas United membolehkan mereka mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 17 mata.

“Kami sedar mengenai kualiti yang mereka miliki. Saya sangat kagum dengan aksi dipamerkan United ketika aksi menentang Chelsea di Stamford Bridge. Intensiti, gaya permainan, tekanan yang diberikan memperlihatkan bagaimana mereka cukup berani dalam pelbagai aspek.

“Kami menerima pertemuan ini sebagai satu cabaran dan mahu memberikan aksi terbaik untuk cuba memenangi perlawanan itu nanti.

“Mereka berdepan tempoh sukar ketika ini. Kami merasainya musim lalu tetapi saya fikir mereka sentiasa menjadi sebuah pa­sukan yang lebih baik berban­ding musim sebelum itu.

“Namun, pada kami ini adalah peluang terbaik untuk terus mengukuhkan kedudukan, melebarkan jurang mata. Kami bercakap ketika sesi latihan mengenai cara untuk menewaskan mereka dan cara yang kami akan gunakan berdepan mereka,” katanya.

Guardiola juga lega apabila kembali mendapatkan khidmat semua pemainnya termasuk pemain pertahanan, Nathan Ake yang baharu pulih daripada kecederaan otot.

“Semua kini berada pada tahap kecergasan terbaik dan ia penting buat kami untuk tempoh beberapa minggu akan datang sebelum cuti rehat antarabangsa dan saya harap mereka akan pulang dengan keadaan yang sama,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI