fbpx

40 penunggang ubah suai ekzos motosikal disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menahan seorang penunggang motosikal yang mengubah suai ekzos dalam Ops Khas di seluruh negeri Kelantan semalam.

KOTA BHARU – Polis mengeluarkan sebanyak 40 saman terhadap penunggang motosikal yang ingkar dengan melakukan kesalahan mengubah suai ekzos dalam Ops Khas di seluruh negeri Kelantan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, semua yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Katanya, operasi tersebut dijalankan bagi mengesan motosikal yang diubah suai pada bahagian ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan mengganggu orang ramai.

“Dalam operasi itu, polis telah menyita motosikal tersebut mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kesalahan di bawah Peraturan 103.

“Bagaimanapun, ada antara motosikal tersebut sudah diserahkan kepada pemiliknya selepas membayar saman dan menukar semula ekzos asal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, operasi mengesan pengubahsuaian ekzos dilakukan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Tambahnya, polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI