fbpx

Sokong perlombongan emas jika penduduk ada lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) menurunkan tandatangan selepas merasmikan Kilang Pertukangan Emas Koperasi Makmur Malaysia Berhad di Kota Bharu hari ini. Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bersedia menyokong dan membantu aktiviti pelombongan emas di Mukim Kechau, Kuala Lipis sekiranya penduduk sudah mendapat lesen sah untuk melombong galian itu.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihak kementerian akan
membantu terutamanya aspek keusahawanan dalam kalangan penduduk sekiranya mereka sudah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Katanya, usaha-usaha itu perlu dijalankan secara terperinci dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya sistem pengangkutan, perlombongan dan penjagaan kawasan.

“Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) perlu diperincikan di kawasan itu untuk mengetahui sama ada aktiviti itu tidak memusnahkan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, kementerian sedia menyokong individu atau penduduk yang terlibat dalam kegiatan melombong sekiranya ia dijalankan secara halal.

“Jika mereka ada lesen, kita tiada masalah untuk menbantu pembangunan usahawan emas di sana, namun ia mesti mendapat kebenaran kerana sumber asli masih di bawah seliaan kerajaan negeri,” katanya selepas merasmikan Kilang Pertukangan Emas Koperasi Makmur Malaysia Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Wan Junaidi, sekiranya memperoleh lesen melombong emas, beliau mencadangkan agar penduduk bekerjasama dengan pemain utama dalam industri pelombongan emas.

Katanya, kerjasama itu sekali gus dapat memudahkan aspek pencarian dan pelombongan di kawasan yang dibenarkan kelak.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, penduduk di Mukim Kechau, Kuala Lipis hidup mewah selepas kawasan itu rupa-rupanya merupakan tempat penduduk setempat melombong emas.

Selain itu, ada dalam kalangan penduduk mampu membeli kereta secara tunai hasil daripada jualan emas.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI