fbpx

Shitembi buat skuad Sang Penyu gelisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN TFC terpaksa melupakan khidmat Shitembi yang mengalami kecederan serius ACL menjelang perlawanan menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah malam ini. - FOTO TFC

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

MENJELANG sehari sebelum sepak mula Liga Super, Terengganu FC (TFC) menerima berita buruk selepas tonggak import, Petrus Shitembi dilanda kecederaan serius.

Pengurus TFC, Zulfadli Rozi berkata, pemain itu tercedera dalam aksi pemanas badan dan kelibatnya terpaksa dilupakan untuk jangka masa panjang.

TFC begitupun enggan menekan butang panik untuk mendapatkan pemain import baharu dengan jendela perpindahan akan ditutup hari ini.

“Kita tidak tolak laporan awal perubatan mendapati kecederaan Shitembi mungkin kecederaan ligamen lutut (ACL) yang merupakan mimpi ngeri bagi setiap ahli sukan.

“Begitupun, TFC akan merujuk pandangan kedua daripada pakar lain sebelum menentukan sama ada pembedahan perlu dilakukan atau sebaliknya,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Zulfadli berkata, beliau mengakui masa semakin suntuk untuk mencari pemain import lain sebagai pengganti.

“Saya hendak memaklumkan juga peluang pemain pertahanan import,  Chris Herd untuk membuat penampilan sulung pada Sabtu ini (malam ini) juga 50-50 ekoran kecederaan ringan  dialaminya.

“Tonggak kelahiran Australia yang juga bekas pemain Aston Villa itu bagaimanapun sudah kembali berlatih dan keadaannya sedang dipantau menjelang sesi latihan terakhir,” katanya.

Sehubungan itu, Zulfadli memberitahu, ketua jurulatih TFC, Mohd. Nafuzi Zain akan membuat keputusan akhir sama ada menggunakan khidmat Herd atau Argzim Redzovic yang bermain dengan TFC II pada aksi menentang UiTM FC nanti. 

Tegas beliau,  walaupun TFC berada pada situasi kurang ideal, Sang Penyu tetap fokus untuk membawa pulang mata penuh bertemu UiTM FC. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI