fbpx

Selangor pamer belang benam Sri Pahang 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Selangor FC meraikan gol yang dilakukan oleh Buff pada aksi bertemu Sri Pahang di Stadium MBPJ, Petaling Jaya sebentar tadi. - Foto oleh Selangor FC

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC memberi amaran awal dalam perebutan gelaran Liga Super musim ini selepas menewaskan Sri Pahang FC 3-1 pada aksi pertama di Stadium MBPJ sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, Kirsten Neitzel membariskan kesebelasan terbaik dengan meletakkan trio serangan berbisa, Oliver Buff, Ifedayo Olusegun dan Shahrel Fikri Md. Fauzi.

Keputusan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila Buff berjaya meledak gol pembukaan hasil rembatan jarak jauh pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, penjaga gol skuad Tok Gajah, Helmi Eliza Elias sekali lagi tertewas kali ini hasil tandukan Shahrel Fikri pada minit ke-54.

Sri Pahang yang dikendalikan oleh Thomas Dooley berjaya merapatkan kedudukan hasil rembatan percuma pemain tengah sensasi, Nor Azam Azih pada minit ke-70.

Usaha pasukan pelawat untuk mencuri satu mata tidak berhasil selepas Buff meledak gol kedua peribadinya pada masa kecederaan sekali gus mengesahkan kemenangan 3-1 sehingga wisel penamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI