fbpx

Pemilik darah jenis A lebih berisiko dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG jururawat melakukan ujian antibodi terhadap seorang penderma darah semasa kempen derma darah Palang Merah di Hollywood, California pada 11 Februari lalu. – AFP

TORONTO, Kanada – SARS-CoV-2 iaitu virus yang mengakibatkan penyakit Covid-19, melekat lebih mudah pada sel sistem pernafasan mereka yang memiliki darah jenis A berbanding kumpulan darah lain, demikian menurut satu kajian baharu.

Kajian itu dilakukan dalam persekitaran makmal oleh kumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat. Pasukan penyelidik tersebut mendapati koronavirus lebih tertarik kepada antigen darah jenis A.

Penyelidikan baharu itu juga menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 ‘kurang cenderung’ menjangkiti sel sistem pernafasan kumpulan darah jenis B atau O.

Kumpulan saintis itu berkata, ia tidak bermakna bahawa mereka yang memiliki darah jenis B dan O imun terhadap Covid-19. Bagaimanapun, individu dalam kumpulan darah A adalah lebih berisiko dijangkiti koronavirus.

“Jenis darah mencetuskan cabaran kepada saintis kerana ciri tersebut diwarisi dan bukan sesuatu yang boleh diubah,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Sean Stowell dari Hospital Wanita Brigham di Boston.

Dalam pada itu, satu kajian lain menyatakan bahawa wa­nita di Afrika kurang berisiko mening­gal dunia akibat Covid-19 berbanding lelaki.

Kajian melibatkan 28 negara Afrika termasuk Guinea, Mauritius dan Uganda itu menunjukkan wanita merangkumi bilangan kes dan angka kematian Covid-19 lebih kecil berbanding lelaki.

Secara keseluruhan sekitar 41 peratus kes Covid-19 yang dicatatkan di Afrika melibatkan wanita. – AFP/Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI