fbpx

Kita satu, Indonesia ada 10 Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEKARANG, nun jauh di seberang sedang rancak berlangsung program realiti, Indonesian Idol musim ke-11 yang sudah memasuki peringkat Top 6. Hanya tinggal 6 peserta bertanding iaitu Anggi, Jemimah, Mark, Melissa, Azhardi dan Rimar.

Ya, Indonesia masih tekun membenarkan program hiburan berjalan pada saat getir Co­vid-19, namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Selain ingin menyentuh tentang kualiti para peserta dalam program terbitan RCTI Production Team dan FremantleMedia Asia itu, satu perihal lain yang tidak boleh dinafikan, Indonesia sentiasa di depan apabila berkait atau berbicara tentang seni. Baik muzik atau filem yang dijayakan mereka.

Dalam pada Malaysia seperti vakum terus daripada sebarang program realiti sedemikian akibat pandemik Covid-19, Indonesia mencari 1,001 jalan untuk memastikan kelestarian bakat-bakat seni mereka terus terpelihara.

Mengakui kehebatan Indonesia dalam melahirkan pemuzik berkualiti, Ketua Jabatan Fakulti Industri Kreatif & Seni Persembahan City University Malaysia, Prof. Madya Mohd. Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer berkata, banyak perkara yang Indonesia miliki, tidak Malaysia miliki.

Katanya, perkara itu merangkumi aspek populasi penduduk, ganjaran dan motivasi. Malaysia dan Indonesia walaupun negara serumpun, namun banyak perkara yang membezakan dan membataskan kemajuan seni dalam dua negara tersebut.

“Pertama, Indonesia ada le­bih 270 juta penduduk, Malaysia pula hanya ada kira-kira 32 juta. Sudah tentu, bakat di Indonesia lebih meluas dan banyak berbanding negara kita. Kalau kita boleh lahirkan seorang Siti Nur­haliza, mereka (Indonesia) mampu melahirkan 10 Siti Nurhaliza.

“Kedua, saya pernah diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai penasihat program nyanyian yang menggabungkan bakat nusantara suatu ketika dahulu iaitu Gang Starz circa 2007-2008. Saya boleh cakap, budaya kerja orang Indonesia berbeza dengan kita.

“Mereka sangat menghargai satu perihal yang dipanggil seni. Senang cerita, kalau berkait dengan seni, mereka akan buat sebaik-baik dan sehalus-halusnya.

“Kalau satu program itu berjaya dapat rating tinggi misalnya, keesokan harinya, semua yang terlibat menjayakannya, akan dapat ganjaran seumpama bonus. Macam malam ini program berjaya, esoknya semua akan dapat bonus,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmeer yang komposer tersohor tanah air berpendapat, kebanyakan rakyat Indonesia memiliki motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Indonesia sebuah negara yang besar. Ramai penduduknya hidup dalam kesusahan, namun itu membuatkan mereka bekerja keras dan memiliki motivasi tinggi untuk berjaya dalam apa jua bidang diceburi terutama seni muzik.

“Banyak perkara yang Malaysia perlu belajar dari Indonesia. Bukan mahu terlalu menjunjung, namun realitinya kita memang sedikit terkebelakang bab seni muzik kerana kurangnya kese­daran hal-hal yang perlu diberi perhatian.

“Saya faham, satu dunia sedang dilanda krisis Covid-19. Kalau Indonesia boleh buat Anugerah Musik Indonesia (AMI) dan jalankan program realiti paling popular mereka di tengah-tengah krisis, apa yang kita buat? Tepuk dada, tanyalah selera,” ujarnya dengan getus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI