fbpx

Kelantan FC tewas pada perlawanan pembukaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Kelantan,Jack Raymon Hindle (kanan) dihalang pemain pertahanan Perak FC II pada perlawanan pertama Liga Perdana 2021 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu petang tadi. FOTO : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kelantan FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumbang 0-1 ditangan Perak II FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini petang tadi.

Beraksi di bawah bahang terik matahari, kedua-dua pasukan memperagakan aksi berhati-hati pada perlawanan tersebut.

Situasi itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama perlawanan tersebut.

Bersambung babak kedua, Perak II FC tampil dengan aksi lebih kemas apabila memecah kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Mohd. Hakimi Mat Isa pada minit ke-49.

Dua minit berselang, penyerang import, Kelantan FC, Jack Hindle melepaskan peluang terbaik menyamakan kedudukan apabila apabila sepakan penaltinya jauh tersasar dari gawang gol Perak II FC.

Usaha The Red Warriors untuk mendapatkan jaringan terus menemui jalan buntu apabila beberapa peluang terhidang gagal disudahkan oleh jentera serangan.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan dengan menyaksikan Kelantan gagal meraih mata di laman sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI