fbpx

Kanak-kanak tertinggal di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak malang yang tertinggal keluarga ketika singgah di stesen minyak di Batu 2, Jalan Mawai-Kota Tinggi, Johor hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila dia dipercayai tertinggal keluarga ketika singgah di sebuah stesen minyak BHP Batu 2, Jalan Mawai-Kota Tinggi di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd. Rizki Izaki Nazri, 8, turun bersama abangnya untuk ke tandas ketika keluarganya berhenti di stesen minyak berkenaan.

Menurut sumber, keluarga kanak-kanak terbabit dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas bercuti menuju ke Gelang Patah, Iskandar Puteri.

“Dia bersama abangnya turun untuk ke tandas selepas keluar dari tandas kanak-kanak itu mendapati abang serta keluarganya sudah tiada.

“Pekerja stesen minyak menyedari kelibat kanak-kanak itu terus menghubungi polis sebelum mangsa dibawa ke Balai Polis Kota Tinggi,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu berkata, berdasarkan keterangan, mangsa memberitahu keluarganya menaiki sebuah van berwarna putih dalam perjalanan untuk pulang ke Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussain Zamora mengesahkan kejadian itu.

Katanya, keluarga mangsa dalam perjalanan ke Balai Polis Kota Tinggi selepas menerima maklumat hasil perkongsian orang awam di media sosial.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI