fbpx

Kami dapat ‘benafas’ semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pekerja sedang membersih dan mengemas dewan perkahwinan, Zemi Garden Wedding yang terletak di Rasah, Seremban sebagai persediaan penganjuran majlis-majlis perkahwinan.

Oleh MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Keputusan kerajaan membenarkan penganjuran semua majlis sosial termasuk majlis perkahwinan melegakan pengusaha-pengusaha katering dan dewan perkahwinan.

Apa tidaknya, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majlis-majlis sosial dilarang mengakibatkan perniagaan katering dan dewan perkahwinan terjejas kerana tiada sebarang tempahan untuk perkhidmatan tersebut.

Bagi pengasas bersama Zemi Garden Wedding, Mohd. Adam Swarti, 36, berkata, dia sangat bersyukur akhirnya perniagaannya dapat kembali beroperasi setelah lebih hampir setahun.

“Sejak bermula PKP tahun lalu, dewan perkahwinan kami terpaksa ditutup, dibuka kemudian terpaksa ditutup kembali, sepanjang tempoh tersebut kerana tiadanya tempahan saya terpaksa ‘mengikat perut’.

“Alhamdulillah, kebenaran beroperasi semula sejak semalam buat kami boleh ‘bernafas’ semula,” katanya ketika ditemui di sinin semalam.

Mohd. Adam berkata, pihaknya telah mula kembali menerima tempahan daripada pelanggan dan kini mula sibuk untuk menyiapkan dewan bagi penganjuran majlis-majlis perkahwinan yang tertangguh sebelum ini.

“Pada masa yang sama, saya risau juga takut majlis perkahwinan ini kembali ditutup jika kes positif Covid-19 naik kembali, untuk itu semua pihak perlu memberikan kerjasama dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI