ISKANDAR PUTERI – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan kebajikan dua anak seorang wanita yang mati ditembak sebelum mayatnya ditanam suaminya terbela.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memutuskan hak penjagaan dua beradik berusia tiga dan empat tahun itu.
“Kita sangat terkesan dengan nasib yang menimpa mangsa dan kementerian menerusi JKM akan memastikan kebajikan dua anak kepada wanita itu terbela.
“Kita juga sudah arahkan JKM supaya dapatkan perintah mahkamah bagi memutuskan hak penjagaan dua beradik itu,”katanya selepas menyempurnakan program Female Employee Referral sempena Hari Wanita Sedunia di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini, hari ini.-K! ONLINE