fbpx

Baiki komputer terpakai, beri percuma kepada pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Hon (dua dari kanan) dan Pengetua SMK Seremban 3, Mad Pazir Md. Ahair (dua dari kiri) dalam majlis penyampaian komputer riba kepada ibu bapa dan pelajar yang memerlukan di SMK Seremban 3, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Seorang jurutera audio memperuntukkan masa hampir enam jam sehari selepas pulang dari tempat kerja untuk membaiki komputer terpakai yang kemudian diberikan secara percuma kepada pelajar sekolah untuk digunakan ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Cheah Kok Hon, 42, berkata, dia terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan selepas mengetahui beberapa keluarga rakan karib anaknya yang mengalami kesukaran untuk mengikuti PdPR.

“Anak saya memaklumkan ada rakan-rakannya yang mengalami masalah tiada komputer malah ada juga yang tiada telefon yang sesuai untuk ikuti PdPR. Saya ada memberitahu mereka (ibu bapa) terdapat komputer berharga serendah RM150 namun itupun mereka masih tidak mampu.

“Oleh itu, saya membantu mereka dengan membaiki komputer terpakai secara percuma bagi memastikan pelajar-pelajar dapat belajar. Saya terbuka hati semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu, saya bercuti selama lima hari dan memperuntukkan masa enam jam sehari untuk membaiki komputer terpakai,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas Program Sumbangan Peranti PdPR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3 dekat sini, semalam.

Kok Hon memberitahu, dia pada awalnya hanya membuat hantaran di Facebook miliknya bagi memaklumkan hasratnya mengumpulkan komputer riba terpakai, namun tanpa disangka ia mendapat sambutan menggalakkan.

“Sehingga kini saya telah menyerahkan 70 komputer terpakai kepada keluarga yang memerlukan,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI