fbpx

Badan cepat naik, makan nasi dua kali sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eina Azman

PETALING JAYA – Pelakon Datin Paduka Eina Azman mendedahkan dia hanya mengambil karbohidrat iaitu nasi dua kali dalam sebulan sejak Januari lalu.

Mencari masa untuk bersenam di sebalik kepadatan jadual hariannya, Eina atau pemilik nama penuh, Ainur Syakina Azman, 26, memberitahu, misi utamanya adalah untuk kelihatan kurus, namun sihat dalam masa yang sama.

“Saya bukan sahaja hendak kurus, tetapi mahu badan kelihatan cantik di kaca televisyen dan mempunyai stamina untuk bersenam.

“Tiada jalan mudah untuk kurus, sebaliknya perlu menjaga pemakanan dan beriadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu,” katanya.

Eina mengambil sayur-sa­yuran dan buah-buahan bagi memastikan hidangan yang diambil setiap hari memenuhi zat yang diperlukan.

Beberapa hari lalu, Eina berkongsi mengenai tips diet menerusi Instastory dan tidak menyangka ramai yang berminat untuk menurunkan berat badan.

“Mustahil untuk mendapat badan seperti anak dara (seperti sebelum ini), cuma saya hendak mendapatkan bentuk badan ­ideal.

“Saya menerima komen seperti badan dah kurus, kenapa masih hendak diet? Sukar untuk dijelaskan bagaimana untuk mengawal makan. Berat badan boleh mencanak naik sekiranya mengikut nafsu makan,” kata Eina.

Pelakon drama bersiri The Maid itu berkata, dia berbangga kerana dapat menyakinkan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah untuk menjaga pemakanan dan bersenam bersama-sama dengannya.

Ibu kepada cahaya mata kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef itu berkongsi gaya hidup sihat tersebut dapat mengeratkan hubungannya bersama ­suami.

“Saya berbangga sekiranya perkongsian tips diet dapat membantu mereka di luar. Gaya hidup sihat ini bukan saja beri manfaat kepada fizikal, malah membantu dari segi mental,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI