fbpx

Arteta optimis nasib Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mengakui bahawa aksi menentang Burnley malam ini tidak boleh dipandang mudah dan mereka perlu mencari kemenangan pada aksi itu. - TWITTER ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta belum mahu mengibarkan bendera putih memburu kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun kini tidak berada pada kedudukan terbaik untuk mencapai sasaran tersebut.

Peluang The Gunners dilihat sukar kerana mereka ketika ini menduduki tangga ke-10 dengan 37 mata, ketinggalan jauh 10 mata di belakang pasukan tempat keempat, Chelsea yang menghuni slot kelayakan terakhir ke saingan Liga Juara-Juara.

Begitupun, Arteta, 39, tetap optimis mereka mampu melakukannya dengan syarat barisan pemainnya tidak boleh tewas apabila menentang Burnley untuk perlawanan EPL seterusnya di Stadium Turf Moor malam ini.

“Kami akan berjuang sehabis-habisan untuk mencapai matlamat ini biarpun ia (kelompok empat teratas) bukan dalam kawalan kami. Namun, apa yang kami boleh lakukan ialah sentiasa meraih keputusan-keputusan positif.

“Dalam masa sama, kami juga terpaksa bergantung kepada keputusan pasukan-pasukan lain dengan harapan ia akan menguntungkan kami. Jika kami terus raih keputusan cemerlang, saya percaya ia mampu dicapai,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu sedar Burnley bukan lawan untuk meraih tiga mata seperti telah dibuktikan The Clarets ketika mengikat pasukan tangga ketiga, Leicester City 1-1 kelmarin.

Bukan itu sahaja, empat pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dilihat lebih memihak kepada Burnley menerusi dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Justeru, Arteta pastinya berharap anak-anak buahnya dapat mengekalkan momentum sama seperti ditunjukkan ketika menewaskan Leicester 3-1 menerusi jaringan David Luiz, Alexandre Lacazette dan Nicolas Pepe hujung bulan lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI