fbpx

TNB: Bekalan elektrik ke 40 PSV dan 400 PPV dalam keadaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Teknikal TNB membuat kerja senggara awal untuk memastikan bekalan elektrik stabil.

PETALING JAYA – Bekalan elektrik di kesemua 40 Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan lebih 400 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah beroperasi di seluruh Semenanjung dan berada dalam keadaan baik sejak pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 24 Februari lalu.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, ini berikutan usaha-usaha senggaraan awal oleh TNB di PSV dan PPV dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak hospital dan klinik kesihatan.

“Kami mendapat kerjasama dan sokongan yang begitu baik daripada KKM, hospital dan klinik kerajaan yang berkaitan. Di setiap pusat, kami menempatkan pasukan teknikal bagi membuat kerja senggaran awal untuk memastikan bekalan adalah stabil dan jika berlaku gangguan, ia dapat dipulihkan dalam tempoh minimum.

“Kerja-kerja senggaraan melibatkan pencawang dan pembekalan elektrik ke pusat penyimpanan vaksin itu yang dilakukan sejak awal Februari lalu adalah antara aspek kritikal bagi menjayakan program imunisasi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, TNB bersama-sama dengan pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set janakuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan serta melakukan rondaan di semua PSV dan PPV di Semenanjung.

Katanya, selain penyelenggaraan aset dan ketersediaan pasukan teknikal, TNB turut menyediakan dua saluran perhubungan khusus (talian khas) kepada pusat penyimpanan vaksin bagi membolehkan komunikasi pantas dengan TNB jika berlaku gangguan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI