fbpx

Temasya Olimpik tanpa penyokong luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN Olimpik Tokyo berdepan kerumitan ekoran pandemik Covid-19 termasuk belum ada keputusan mengenai kehadiran penyokong. – AFP

TOKYO – Penganjur temasya Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo, Jepun memberi bayangan kemungkinan besar tiada kehadiran penyokong dari negara luar dibenarkan menyaksikan sepanjang kejohanan itu berlangsung pada Julai depan.

Berdasarkan laporan media tempatan, kejohanan sukan terbesar dunia ini mungkin hanya akan disaksikan oleh penonton di peringkat domestik dan kini hanya menunggu kelulusan daripada Majlis ­Olimpik Antarabangsa (IOC).

“Sumber kami memberitahu bahawa kemungkinan besar temasya Sukan Olimpik 2020 ini tidak akan dihadiri oleh penyokong antarabangsa dari negara luar memandangkan pandemik Covid-19 masih lagi di tahap membimbangkan.

“Keputusan ini diambil ke­rana kehadiran mereka boleh memberi ancaman serta ketakutan yang berlebihan buat rakyat Jepun,” kata media tempatan, Yomiuri Shimbun semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik 2020 Jepun, Seiko Hashimoto menuntut IOC memberi kata putus selewat-lewatnya pada bulan ini sama ada mereka memberi ‘lampu hijau’ atau sebaliknya mengenai cadangan penganjuran tanpa kehadiran penyokong luar negara.

“Kami mahukan jawapan segera daripada IOC meskipun mereka hanya mahu memberi kata putus pada April depan. Kami harap keputusan itu dapat dibuat sebelum bermula­nya nyalaan obor Olimpik yang akan dilakukan pada 25 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, Presiden IOC, Thomas Bach mengesahkan pihaknya kini hanya memberi tumpuan terhadap penganjuran Sukan Olimpik terlebih dahulu kerana masih di tahap 50-50 ketika ini sebelum membuat keputusan mengenai kehadiran penonton.

Difahamkan, lebih 900,000 tiket temasya Sukan Olimpik 2020 sudah dijual kepada penyokong di luar negara yang membuat pembelian awal sebelum penularan wabak Co­vid-19 bermula pada awal tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI