fbpx

PPj sasar 350,000 penghuni di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Azmi (tiga dari kanan) meraikan Ulang Tahun Ke-25 PPj di pekarangan PPj di Putrajaya hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan jumlah penduduk di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu meningkat kepada 350,000 bagi memastikan wilayah berkenaan meriah dengan aktiviti pentadbiran kerajaan dan pembangunan ekonomi.

Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, perancangan tersebut terkandung dalam Pelan Strategik Putrajaya yang keempat bermula 2021 hingga 2025.

Katanya, bagi merealisasikan hasrat berkenan, PPj akan membangunkan lot-lot komersial di sekitar Putrajaya sebagai tarikan buat pemaju tanpa menjejaskan objektif asal Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan.

“Buat masa ini kita hanya mempunyai kira-kira 100,000 penghuni yang 90 peratus daripadanya adalah anggota pentadbiran awam.

“PPj akan membangunkan lot-lot komersial untuk menarik pemaju swasta bersama-sama membangunkan Putrajaya,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran sambutan Jubli Perak PPj di Padang Kompleks PPj, Dataran PPj, Presint 3, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, walaupun PPj membenarkan pihak lain membina kehidupan di Putrajaya namun penjawat awam tetap akan diutamakan terlebih dahulu.

Katanya lagi, daripada jumlah sasaran 350,000 penghuni dalam peratusan buat anggota pentadbiran awam adalah 55 peratus manakala sektor swasata 45 peratus.

“Pembangunan ekonomi akan dijalankan dalam tempoh berkenaan namun ia perlu seiring dan tidak menjejaskan objektif asal PPj,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI