fbpx

PM hadir lawatan kerja di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kanan) menerima cenderamata daripada Azlan selepas program Taklimat Pembangunan Negeri Perlis di Kompleks DUN, hari ini.

KANGAR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis untuk lawatan kerja ke negeri ini kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.

Beliau yang tiba dengan helikopter khas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man serta Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri.

Sejurus melakukan pemeriksaan suhu dan sesi bacaan doa, kedua-dua pemimpin itu melakukan perjumpaan kira-kira 30 minit di pejabat Menteri Besar.

Muhyiddin kemudian mengikuti program Taklimat Pembangunan Negeri Perlis yang disampaikan oleh Azlan di Bilik Gerakan 1 pada pukul 10.10 pagi.

Kemudian, Muhyiddin dijadual akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid  di Istana Arau sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau.

Pada sebelah petang pula, beliau akan menghadiri perjumpaan Perikatan Nasional Negeri di Hotel Putra Regency sebelum mengakhiri lawatan ke pusat vaksin di Klinik Kesihatan Kampung Gial pada pukul 4.10 petang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI