WELLINGTON – Orang ramai di Kepulauan Kermadec dibenarkan untuk pulang ke kediaman masing-masing setelah tahap ancaman tsunami diturunkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, lapor akhbar New Zealand Herald.
Walaupun mereka dibenarkan pulang, penduduk dinasihatkan agar tidak berada berhampiran dengan kawasan pantai.
Gempa bumi kuat dengan magnitud 8.1 skala Richter melanda Kepulauan Kermadec pada pukul 8.28 pagi (waktu tempatan), sekali gus mengaktifkan amaran Pertahanan Awam.
Majoriti kawasan pesisir pantai Pulau Utara berada bawah amaran tsunami dan ribuan penduduk dipindahkan ke kawasan tinggi.
Rakaman video menunjukkan ombak besar menghentam kawasan seperti Teluk Tokomaru dan Pantai Timur.
Bagaimanapun, ombak-ombak besar telahpun berakhir pada pukul 1.30 petang dengan tiada kerosakan melibatkan struktur bangunan dilaporkan. – Agensi