fbpx

KKM : kes pertama melibatkan Varian Nigeria dikesan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petikan kenyataan Noor Hisham di Facebook rasminya hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengesan dua kes pertama individu yang dijangkiti mutasi Covid-19 Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes itu membabitkan dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu dan didapati positif Covid-19 melalui ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Beliau berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya turut melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambil kira sejarah perjalanan mereka.

“Analisis lebih lanjut menunjukkan adanya semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut.

“Ini termasuk mutasi ‘spike protein’ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian ‘protein deletions’ serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.

“Mutasi ‘spike protein’ E484K juga mendapat perhatian kerana ianya dilaporkan dapat menghindari sistem imun,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Jelasnya, varian Nigeria pertama kali dikesan di United Kingdom dan Nigeria pada Disember tahun lalu.

“Sebanyak 360 urutan varian ini boleh dijumpai di GISAID, dengan laporan tertinggi dari Denmark (n = 121) , diikuti oleh UK (n = 73) dan Nigeria (n = 56),” ujarnya.

Tambahnya, Varian Nigeria juga boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas sistem imun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI