fbpx

Ibu mohon sumbangan untuk anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haryanti bersama Naura Qalesya yang menghidap penyakit ‘deletion chromosome 6’ atau kecacatan kromosum./FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

KUALA PILAH – Seorang ibu memohon sumbangan kewangan bagi membantu mengurangkan kos penjagaan anak perempuannya berusia dua tahun yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang menghidap penyakit ‘deletion chromosome 6’ atau kecacatan kromosum sejak dilahirkan.

Haryanti Hamzah, 39, berkata anaknya itu, Naura Qalesya Mohd. Nor Hisham menghidap penyakit berkenaan sejak berusia tiga bulan selepas mengalami jangkitan para influenza tahap tiga dan jantung berlubang.

Tambahnya, masalah kecacatan kromosum dihidapi anak keempatnya itu sangat terpencil berlaku di negara ini.

“Doktor memaklumkan Naura mempunyai masalah kecacatan kromosum selepas dilahirkan dan kesnya agak terpencil malah kajian perlu dilakukan dengan menghantar sampel darah ke luar negara untuk mengetahui tentang penyakit ini.

“Saya telah hantar anak mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, Selangor dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini mengikut jadual rawatan yang ditetapkan.

“Dia tidak boleh berdiri dan tidak boleh makan dan minum seperti biasa kerana dia perlu menggunakan tiub sepenuh masa dan hanya minum susu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Pemarak, Tanjung Ipoh dekat sini semalam.

Haryanti yang merupan suri rumah sepenuh masa berkata, Naura juga memerlukan penjagaan rapi kerana sering demam malah suhu badannya pernah mencecah sehingga 40 darjah celsius.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak di taman ini namun terpaksa berhenti dan memantau keadaan Naura kerana dia sering demam secara mengejut dan sawan.

“Naura juga sering mengalami masalah pernafasan. Dia juga terpaksa memakai cermin mata dengan kuasa setinggi 600 kerana mengalami masalah silau,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI