fbpx

Dua sahabat mati lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba sedang mengangkat mayat Ariff yang mati lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Minda, Jerangau dekat Dungun hari ini.

DUNGUN – Keceriaan lima pekerja sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas beriadah di Sungai Dungun berhampiran Kampung Minda, Jerangau dekat sini hari ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut akibat lemas.

Kejadian pada pukul 9.30 pagi itu mengorbankan Mohd. Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34, yang masing-masing berasal dari Sungai Petani, Kedah dan Selayang, Kedah.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, Mohd. Subree dan Ariff bersama tiga rakan mereka yang bekerja di sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas di Paka dekat sini berkunjung ke kawasan perkelahan tersebut untuk beriadah pada hujung minggu.

“Sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka sedang mandi di tengah sungai sebelum ketiga-tiga mereka tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

“Salah seorang daripada mereka berjaya berenang menyelamatkan diri tetapi Mohd. Subree dan Ariff terus hilang dibawa arus sebelum tenggelam,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, mayat Mohd. Subree kemudiannya ditemui terapung kira-kira 10 meter dari lokasi dia tenggelam oleh rakan-rakannya pada pukul 9.45 pagi.

Tambah beliau, mayat Ariff pula dijumpai pasukan penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai di dasar sungai berkenaan kira-kira 40 meter dari lokasi dia dihanyutkan arus deras pada pukul 1.27 tengah hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI