fbpx

Angkara pecah tabung rumah ibadat, Geng Raj dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas polis menerusi serbuan berkenaan.

MELAKA – Dua lelaki ahli kumpulan Geng Raj yang aktif melakukan pecah tabung rumah ibadat akhirnya dicekup polis dalam dua tangkapan berasingan di sini, awal bulan ini.

Dua suspek berusia 22 dan 24 tahun itu diberkas di dua lokasi berasingan masing-masing di kawasan Taman Lipat Kajang Perdana, Bukit Serindit dan di kawasan Tehel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan Cawangan Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah membuat tangkapan kira-kira pukul 12.30 pagi pada 1 Mac lalu.

“Sepasukan D4 telah menahan dua suspek lelaki dikenali sebagai Geng Raj yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah tabung rumah ibadat sekitar Melaka.

“Tangkapan kedua-dua suspek juga berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes yang dilakukan antara Disember 2020 hingga Febuari 2021,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, pihak turut merampas sebuah kereta dan motosikal serta pelbagai jenis peralatan dipercayai digunakan bagi jenayah tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Sukri berkata, modus operandi kumpulan itu adalah menjalankan kegiatan pada waktu malam.

“Suspek akan masuk ke dalam rumah ibadat seperti masjid, surau atau tokong pada waktu malam sehingga awal pagi.

“Mereka akan pecahkan tabung dengan cara mengumpil atau membakar kunci mangga tabung sehingga berjaya dibuka bagi mendapatkan wang tunai,”katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI