fbpx

Warga asing dalangi sindiket pengedaran dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada dadah yang dirampas menerusi Ops Tapis di Ampang dan Seri Petaling semalam.

PETALING JAYA – Aktiviti pengedaran dadah yang didalangi tiga lelaki warga asing tidak berpanjangan apabila mereka ditahan polis menerusi Ops Tapis di dua lokasi berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kira-kira pukul 6.15 petang, sepasukan polis dari Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan dua lelaki warga asing di kawasan Taman Dato Ahmad Razali di Ampang, Selangor.

“Kedua-dua suspek berusia 28 serta 19 tahun dan pemeriksaan ke di dalam kereta jenis Chevrolet yang dipandu salah seorang suspek telah menemui sejumlah dadah disyaki ganja seberat 244 gram.

“Soal siasat yang dilakukan telah membawa pihak polis ke sebuah rumah di kawasan Bandar Baru Seri Petaling kira-kira pukul 11 malam hari yang sama dan menahan seorang lagi lelaki warga asing,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, pemeriksaan yang dilakukan di rumah berkenaan telah menemui dadah disyaki jenis ganja (550 gram), pil erimin 5 (1.20 gram) serta syabu (5.76 gram) dan ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis THC.

“Dua daripada suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) manakala seorang lagi memiliki pasport dan ketiga-tiga mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Siasatan pengesahan identiti masih dalam tindakan dan kes kini disiasat oleh Narkotik IPD Brikfields manakala kesemua suspek direman sehingga 9 Mac untuk siasatan lanjut,” jelas beliau.

Tambah Mohamad Farouk, suspek yang ditangkap di Ampang didapati telah aktif mengedar dadah jenis ganja di sekitar kawasan tersebut sejak empat bulan yang lalu dan menjual kepada rakan senegara serta warga tempatan dan keseluruhan hasil rampasan dadah dianggarkan bernilai RM4,000.

“Siasatan kes dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) serta Seksyen 12(2) akta sama,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI