fbpx

Sentuhan TMJ mampu pulihkan Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail

Oleh MOHD. FARIQ

PEMILIK kelab Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan menganggap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah tokoh yang tepat untuk mengembalikan maruah Valencia.

Jelas Vincent Tan yang merupakan pengasas Kumpulan Berjaya, Tunku Ismail membuat keputusan tepat jika berhasrat untuk membeli kelab La Liga berkenaan.

Kata usahawan kelahiran Johor yang juga merupakan pemilik kelab di Belgium, KV Kortrijk, Tunku Ismail telah membuktikan kemampuan sebagai pemilik kelab bola sepak berwibawa di dunia.

Justeru, Vincent Tan optimis bahawa Tunku Ismail tidak berdepan masalah untuk mengembalikan kegemilangan Valencia sebagaimana yang pernah baginda lakukan bersama JDT sejak 2013.

VINCENT percaya peminat Valencia akan berbangga dengan kelab mereka sekiranya TMJ menjadi pemilik baharu.

“TMJ adalah salah seorang pemilik kelab bola sepak yang paling berjaya di Asia. Apa yang baginda capai untuk JDT sa­ngat luar biasa, memenangi begitu banyak trofi dan juara dalam banyak musim adalah sangat mengagumkan.

“TMJ pasti akan menjadi aset yang hebat bagi Valencia dan akan membawa pasukan itu ke tahap yang lebih tinggi dan mengecapi lebih banyak ­kejayaan.

“Saya percaya peminat Valencia akan berbangga dengan kelab mereka sekiranya TMJ menjadi pemilik baharu. Saya doakan kejayaan TMJ dengan Valencia,” katanya dalam temu bual eksklusif.

Kosmo! semalam melaporkan bahawa timbul spekulasi bahawa Tunku Ismail sedang berkira-kira untuk mengambil alih pemilikan kelab Sepanyol yang bernilai RM1.9 bilion itu tetapi baginda masih belum membuat sebarang keputusan.

Tunku Ismail berjaya membina semula JDT selepas mengambil alih pucuk pimpinan pada 2012 sebelum membawa pasukan itu muncul juara dalam banyak pertandingan domestik termasuk tujuh gelaran Liga Super berturut-turut, selain memena­ngi Piala AFC pada 2015.

Sebagai rekod, Tunku Ismail bakal menjadi individu ketiga yang bergelar pemilik kelab bola sepak luar negara jika mengambil alih Valencia selepas Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes yang sebelum ini pernah menjadi pemilik kelab Queens Park Rangers.

• Mohd. Fariq merupakan penulis bebas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI