fbpx

Pengasuh direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak perempuan dua tahun dilaporkan meninggal dunia selepas jatuh dalam besen di Bayan Lepas kelmarin.

GEORGE TOWN – Polis menahan reman pengasuh kepada kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat lemas di dalam besen selama empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berlaku di kediamannya di Permatang Damar Laut kelmarin.

Menurutnya, proses bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang pagi tadi.

“Wanita itu ditahan reman sehingga 7 Mac ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Semalam, kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di HPP kira-kira pukul 2 pagi.

Kejadian berlaku di kediaman pengasuhnya di Permatang Damar Laut, Batu Maung kira-kira pukul 11 pagi kelmarin semasa wanita itu keluar mengambil kain tuala dan meninggalkan mangsa seorang diri di dalam bilik air.

Tinjauan Kosmo! di Unit Forensik HPP di sini mendapati waris mangsa masih menunggu keputusan proses bedah di luar pekarangan bangunan berkenaan sehingga pukul 1.20 petang tadi.

Mayat kanak-kanak tersebut dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Permatang Damar Laut petang ini sejurus selesai dimandi dan dikafankan di HPP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI